MENURUT Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, kajian yg dilakukan kpd banyak sampling manusia yg sedang marah ternyata marah itu boleh dikawal, tapi masalahnya marah yg tak dikawal sering menyebabkan bermacam kerugian, harta & banyak pula nyawa pun terbabit ..( Petikan dari CD Terbitan Telaga Biru, disampaikan oleh DMFK , dapatkan secara online daripada www.Stormreaders.net atau drp wakil2 stormreaders ..
Pernah seorang sahabat meminta nasihat daripada Nabi, maka Nabi saw memberitahunya sebanyak tiga kali : Janganlah engkau marah !( rwyat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim, Abu Ya'la dll)
menahan kemarahan berlaku dgn Dua perkara : pertama secara dalaman terapi perasaan Marah yang tidak sepatutnya itu adalah dengan memperbanyakkan muhasabah, cthnya perasaan marah yang tercela disebabkan penyakit takabbur ( merasa diri hebat ) , terlalu berbangga dan takjub dgn diri sendiri ( Iftikhar & Ujub ), Ktamakan ( al-hirsul mazmum ), terlalu banyak gurau ( al-Mizah fi ghairi mahallih ), dsb
strategi ke dua, marah yang dicela boleh dirawat dengan berta'awwuz ( mengucap 'A'uzubilLah..) , mengambil wudhuk, mengalih kedudukan seperti duduk, ataupun berdiam diri ataupun pergi ke tempat lain hingga perasaan itu reda.Adalah penting bagi kita membayangkan kekuasaan Allah terhadap kita dan janji-janjiNya kepada seseorang yang sering mengawal kemarahannya.
Wednesday, August 4, 2010
Monday, August 2, 2010
Pemuda - Pemuda
Kadang-kadang kami bersembang sesama kami, alangkah seronoknya kalau kita hidup macam orang lain. Bangun pagi pergi solat Subuh, kemudian baca Quran, pergi kerja, balik kerja makan, berehat, solat Asar, petangnya berziarah atau riadah, waktu Maghrib dan Isya’ ke surau atau masjid, jadi tok imam, kemudian menonton televisyen bersama keluarga dan tidur. Alangkah bahagia dan selesanya hidup begini. Semua orang mengimpikan hidup yang semudah ini.
Tapi mengapa kita memilih jalan yang kita lalui ini? Jalan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti dakwah, program sana sini, qiam bersama-sama, berfikir dan merancang aktiviti untuk remaja… dan lain-lain?
Sebenarnya, apabila kita telah merasai kemanisan melakukan ini semua… maka kita akan terus melakukannya. Kamu sendiri akan jadi begini suatu hari nanti insyaallah.
Baru-baru ini iaitu pada minggu yang lalu saya ada menerima satu mesej daripada seorang kenalan bernama Suhaimi. Mesejnya ringkas tetapi padat.
*Kita… lbh gmbira mymbut 1 JAN drpd 1 MUHARAM
Lbh igt 14 FEB dpd 12 RABIULAWAL
LBH khsyuk mdgr LAGU dpd AZAN
Lbh thu nama ARTIS dpd NABI2
Lbh suka memuji MANUSIA dpd TUHAN
Lbh cintakan DUNIA dpd AKHIRAT
Tp bila dtnya arh tuju
Kita pst mnjwb kita lbh suka menuju syurga dpd neraka?
Salam Maulidurrasul
Apa ada pada 1 Januari? Sambutan tahun baru Masehi. Apa ada pada 1 Muharam? Tahun baru Hijrah iaitu tahun baru Islam. Rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru Masehi. Apakah tahun Masehi? Ada pendapat mengatakan dibuat oleh orang-orang Kristian kononnya sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Apakah tahun Hijrah? Ia dibuat sempena penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.
Tapi yang peliknya Nabi Isa dipercayai lahir pada 25 Disember, bukannya 1 Januari. Itulah keyakinan rata-rata umat Kristian walaupun ada sebilangan kecil daripada mereka yang percaya Nabi Isa lahir selepas 25 Disember ataupun dalam bulan Januari. Benarkah Nabi Isa lahir pada bulan Disember atau Januari?
Sebagaimana yang kita tahu bahawa pada bulan Disember dan Januari, tempat kelahiran Nabi Isa dilitupi salji. Biasa kita lihat Hari krismas disambut dalam musim salji. Tetapi kalau kita baca Bible, semasa kelahiran Nabi Isa itu ditulis para penggembala sedang menggembala binatang-binatang ternak mereka di padang. Mustahil dalam musim sejuk bersalji para penggembala membawa ternakan mereka ke padang! Ini menunjukkan Nabi Isa tidak lahir dalam bulan Disember atau Januari- tidak lahir dalam musim sejuk.
Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Rom. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.
Jadi sudah sewajarnyalah kita umat Islam tidak menyambut 1 Januari tetapi sambutlah 1 Muharam.
Apa ada pada 14 Februari? Ya, Hari Valentine. Apa ada pada 12 Rabiul Awal? Maulidurrasul. Kononnya Hari Valentine adalah hari untuk mengingati kekasih. Padahal ia adalah hari perayaan sebahagian umat Kristian pada zaman dahulu. Ada banyak versi tentang asal-usul Hari Valentine, yang mana satu benar pun tidaklah kita tahu. Antaranya seperti kisah seorang paderi bernama St. Valentino yang bercinta hebat dengan seorang gadis. Cintanya tidak direstui pemerintah memandangkan dia seorang paderi Katholik, paderi Katolhik tidak dibenarkan berkahwin. Ini menyebabkan dia dipenjara. Ada juga cerita kononnya ia dirayakan sempena mengingati hari kemenangan tentera Kristian ke atas umat Islam di Sepanyol yang dianjurkan oleh paderi bernama St. Valentino. Mungkin kamu tak tahu bahawa Sepanyol dulu adalah sebuah negeri Islam. Dan macam-macam lagilah cerita tentang hari tersebut. Namun kesimpulannya, ia berkait rapat dengan agama Kristian dan tak ada kena-mengena dengan kita umat Islam. Maka tak perlulah kita menyambutnya.
Rabiul Awal pula merupakan sambutan ulangtahun kelahiran Nabi, walaupun ada pendapat yang mengatakan baginda lahir pada 9 Rabiul Awal dan juga tarikh-tarikh lain. Namun yang pentingnya kita mengenang kelahiran baginda dalam bulan Rabiul Awal, tak kiralah hari yang mana agar kita dapat mengambil manafaat-manafaatnya terutamanya untuk kerja-kerja dakwah.
Pelajar yang dikasihi sekelian,
Kita lakukan semua yang di atas (sebagaimana dalam mesej), tetapi apabila orang tanya mana satu yang kita kejar lebih, dengan mudah kita menjawab “akhirat”. Betulkah kita kejar akhirat? Cukupkah kita mengejar akhirat? Mana satu yang lebih mudah dikejar… kejar dunia atau kejar akhirat? Untuk tahu mana yang lebih mudah antara kejar dunia dengan kejar akhirat, insyaallah akan saya muatkan dalam pengisian yang akan datang.
Terima kasih kepada Suhaimi atas mesejnya.
Pelajar yang dikasihi,
Saya ada terjumpa sebuah puisi yang amat sesuai untuk kita dalam buku teks sastera tingkatan 3. Selepas ini akan dihuraikan isi kandungannya. Di sini tidaklah saya hendak melagukannya kerana akan mengambil masa yang lama.
SYAIR TENAGA PEMUDA Gustama Negara
Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.
Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengerti erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.
Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.
Puisi Melayu Klasik, 1996 Oscar Book International.
Walaupun puisi ini menyebutkan “pemuda” namun sebenarnya ia turut ditujukan kepada pemudi, ringkasnya untuk semua remaja. Seringkali ditemui perkataan “lelaki” dalam ayat-ayat Al Quran atau hadith, namun seringkali juga kata-kata itu ditujukan juga kepada perempuan walaupun disebutkan lelaki sahaja.
Kita pernah mendengar kata-kata perangsang berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Ada juga budak-budak melawakkannya sebagai “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang gol”.
Dalam syair ini dikatakan bahawa seandainya remaja ini diasuh, dididik, dipimpin, yang kotor dibasuh…ia tidak akan lusuh malah boleh digunakan untuk menentang musuh. Namun biasanya remaja tidak suka dengan asuhan mengikut acuan agama. Ini kerana mereka merasakan agama sebagai penyekat kebebasan mereka. Padahal agama adalah benteng, penyelamat. Ia menyelamatkan kita daripada bertuhankan hawa nafsu dan syaitan kepada bertuhankan Allah secara mutlak.
Beberapa hari lepas tersiar dalam akhbar kisah anak-anak yang dididik mengikut lunas-lunas agama:.
IPOH 13 April - Nuramirah Azhari, 10, yang telah menghafaz al-Quran sejak berusia lima tahun mempunyai 10 anak murid yang belajar menghafaz ayat-ayat suci dengannya sejak setahun lepas. Naib johan pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri Perak serta sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran memberitahu, anak-anak muridnya berusia antara enam dan 12 tahun.
``Saya mengajar dengan berhati-hati bagi memastikan hafalan mereka betul dan tidak melakukan banyak kesilapan.
``Kesilapan yang paling kerap anak murid saya lakukan ialah dari segi tajwid,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Anak kedua dari lima adik-beradik ini memberitahu, dia mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan diwajibkan melakukan ulang kaji menghafaz al-Quran sebanyak lima kali iaitu tujuh hingga lapan jam sehari bagi memastikan ingatannya sentiasa kukuh kerana tahfiz memerlukan banyak latihan. Nuramirah memberitahu, dia meluangkan masa mengajar anak-anak muridnya antara pukul 7.30 malam dan 9 malam setiap hari sambil dipantau oleh ibunya yang turut sama mengajar murid-murid lain.
Jadual waktu Nuramirah disediakan oleh bapanya seorang pelukis pelan, Azhari Abu Hassan, 39, dan ibunya Nurzahidah Hashim, 37, untuk dia praktikkan bersama abang dan adik-adiknya iaitu bangun seawal pukul 5 pagi dan tidur pada pukul 12 malam. Nuramirah bersama abangnya Muhammad Adam, 12, dan adiknya Nurnabilah , 8, tujuh tidak pernah mengikuti pendidikan formal sebaliknya diajar membaca, menulis dan mengira sendiri di rumah oleh ibu bapanya.
``Walaupun tidak pernah ke sekolah tetapi kami tahu membaca, menulis dan mengira. Saya diajar matematik, sains, bahasa Arab, tauhid dan akhlak di rumah.
``Saya sudah boleh membaca semasa berumur enam tahun lagi,'' katanya yang mampu menamatkan tahfiz dalam tempoh dua tahun.
Menurut Nuramirah, dia tidak mempunyai pantang tertentu dalam pemakanannya kerana amat menggemari masakan ibunya terutamanya yang pedas serta ulam-ulaman bersama sambal belacan. Katanya, jika setiap anak muridnya mampu menguasai hafalan satu muka surat setiap hari mereka juga akan mampu mengikut jejak langkahnya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.
``Saya amat berharap dapat mewakili Perak pada pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 April depan tetapi itu semua bergantung kepada keadaan kerana dalam pertandingan peringkat negeri saya menduduki tempat kedua selepas tewas hanya satu mata kepada johan,'' katanya.
Sementara itu bapa Nuramirah , Azhari memberitahu, beliau dan isteri memilih memberikan pendidikan sendiri kepada anak-anak selepas mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat daripada anak-anak murid tahfiznya yang turut terdiri daripada kalangan guru sekolah menengah dan rendah.
Katanya, beliau akan memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam mengikuti pendidikan formal dengan menjadikan buku-buku sekolah sebagai panduan supaya sukatan mata pelajaran yang diajar sama dengan yang diajar di sekolah.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Lihatlah Nuramirah yang baru berusia 10 tahun telah mempunyai pelajar-pelajar sendiri. Dia mula menghafaz Al Quran sejak berusia 5 tahun. Dalam masa 2 tahun sahaja dia berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan di rumah sahaja di bawah didikan ibu dan bapanya.
Beruntungnya orang yang hendak mati di dadanya berisi 30 juzuk Al Quran. Bagaimana dengan kita? Persoalan ini akan timbul sewaktu kita sedang sakaratul maut… malaikat Izrail datang.
Pelajar yang dikasihi sekelian,
Begitu pentingnya barisan pemuda hinggakan bekas Presiden Indonesia pernah mengungkapkan: “Berikan saya 10 orang pemuda, saya akan menggegarkan dunia”. Lihat, dia tidak minta orang-orang dewasa tetapi pemuda. Ini kerana dia tahu kuasa yang ada pada pemuda sekiranya digilap dengan cara yang betul.
Semasa remaja, tenaga kita berada di puncak kecergasan dan kekuatan. Kalau demam selesema atau sakit kepala tak perlu ambil ubat, boleh buat tak kisah dan akhirnya akan pulih dengan sendiri dalam masa yang singkat. Tapi kini kalau tak sihat sikit pun kena cepat ambil ubat. Ini kerana badan semakin lemah, sel-sel yang mati lebih banyak daripada sel-sel yang baru hidup. Hendak pulih dengan sendiri daripada sesuatu penyakit akan ambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi dengan komitmen yang semakin bertambah. Lagi lambat kita pulih maka lebih lamalah tersangkutnya urusan dakwah, urusan keluarga, urusan kerja dan lain-lain.
Ketika itu hujan tak takut, panas tak hairan walaupun kulit saya jenis yang cepat dimakan panas. Selepas SPM dan STPM bekerja sebagai buruh binaan, kulit memang hitam. Tapi sekarang kalau kena hujan panas sikit mulalah badan rasa tak sihat. Begitulah bezanya usia muda dengan usia tua.
Saya sendiri suatu ketika dahulu tanpa berfikir cukup panjang pernah bercita-cita untuk berjihad di Kashmir. Saya sudah merangka-rangka cara untuk ke sana dan apa perbekalan yang hendak dibuat namun dengan kuasa Tuhan akhirnya dibatalkan. Begitulah adat orang muda, semuanya nak cepat dan mesti nak dapat.
Jadi, gunakanlah masa muda ini dengan sebaiknya sebab antara perkara yang akan ditanya di akhirat kelak ialah ke mana kita habiskan masa muda kita. (Buatlah persiapan untuk itu).
Ikutilah cntoh-contoh atau idola remaja. Siapakah remaja yang sepatutnya menjadi idola kita? Bukankah kita ada Saidina Ali- sepupu dan menantu Rasulullah? Bukankah kita ada Fatimah-anak Rasulullah dan isteri Saidina Ali? Bukankah kita ada Aisyah isteri Rasulullah? Banyak lagi yang lain-lain. Contohilah mereka.
Pelajar sekalian,
Pentingnya golongan pemuda ini hinggakan Imam asy-Syahid Hassan al-Banna menulis risalah bertajuk “Wahai Pemuda”. Salah satu isi penting dalam risalahnya itu berbunyi:
“…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat”
Syeikh Fathi Yakan pula menulis sebuah buku bertajuk “Generasi Pemuda dan Perubahan”. Antara persoalan menarik dalam karyanya itu ialah:
1. Kenapa mesti pemuda?
2. Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda?
3. Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

wa..dah nak puasa dah..hehe jom-jom
Hari- kehari semakin pantas masa melewati dunia yang kian menampakkan keuzurannya. Namun kita sebagai selalu dibuai kelekaan tidak peka dangan keuzuran bumi ini dek perbuatan saudara-saudara kita yang teramat mendahulukan kekayaan diri sendiri sehingga terabai keselamatan dan kesihatan manusia sejagat. Walaupun penciptaan manusia yang secara "concrete" nya unik berbanding penciptaan makhluk lain di bumi ini.,namun yang ppencipta juga telah melemparkan suatu anugerah untuk manusia mengawalnya sendiri. Apakah itu.??? Itu lah nafsu yang mendidik manusia sama ada kearah kebenaran mahupun kearah kebatilan.
Dikejutkan dengan pelbagai bencana alam bukan untuk menyeksa manusia.. Tapi mengejut manusia yang terlalu asyik berselimutkan godaan yang hanya menghanyutkan manusia kelembah kemusnahan. Tiada sama hanyat umat Muhammad dengan umat-umat yang sebelumnya. Hanya sekitar 62 tahun. Mengapa.?? Kerana jika dibiarkan kehidupan ini terus kelamaan maka nescaya bumi akan kekeringan air mata menahan kesakitan melihat dan menjadi tempat berlakunya maksiat kepada Yang Maha Pencipta. Dunia kini diambang kenazakan yang telah menunjukkan keuzurannya sedikit demi sedikit.
Puasa dapat menghalag perkara yang buruk berlaku. Puasa merupakan dinding antara manusia dan neraka. Puasa memastikan manusia terus berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera baik dalaman mahupun luaran. Tapi semua orang berpuasakah.???
Hanya mereka yang yakin dengan ajaran agamanya sahaja akan terus meneruskan ajaran agama mereka. Bukan hanya agama Islam yang menuntut umatnya untuk berpuasa (sekurang-kurangnya sebulan di bulan Rmadhan) tapi agama seperti Hindu dan Budha juga menyuruh penganunya beribadah sedemikian.
Kini kedatangan Ramadhan sudah kurang dirasai dek peredaran masa yang pantas. Sedar ataun tidak, hanya dalam masa seminggu sahaja Ramadhan akan membuka tirainya hanya untuk membuktikan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengampun. Nabi Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Ramadhan itu adalah satu bulan yang dikhaskan untuk sekalian umat Nya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam bulan kemuliaan ini Allah telah menjanjikan satu malam yang jauh lebih baik dari seribu bulan untuk beribadah. Apakah malam itu.?? Malam yang sangat menjanjikan kebahagiaan untuk sekalian mereka yang beribadat dengan hati yang ikhlas yang hanya menginginkan pengampunan dan rahmat Allah. Itulah malam "Lailatulqadar" yang dikejar sekalian umat tahun berganti tahun. Malam ini adalah malam yang dicirikan sebagai suatu malam yang aman damai dari segala masalah dunia baik dari maksiat yang kecik mahun maksiat yang besar berlaku. Membuktikan makhluk ciptaan Nya masing-masing memohon keampunan kepada Pencipta nya kecuali mereka-mereka yang belum mendapat rahmat hidayah daripada Nya.
Tiada anugerah yang lebih hebat didunia melainkan satu malam ini yang berada dipenghujung bulan yang penuh dengan rahmat ini. Jom sama-sama kita mengejar dan mendapatkan Rahmat Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ini. Kami merindu mu Ramdhan..

Wednesday, July 14, 2010
KEKOSONGAN
keramat bisu melanda luluhan jiwa ku.,biar pun sudah ku sirami dengan kumpulan suka yang sendiri ku cipta untuk menghibur kan hati ini.,namun siapa lah aku sehingga diri sendiri xmampu aku uruskan..mungkin kerana deretan kasih sayang yang ku curah selama ini bakal hilang sekali lagi.???percawaban yang negatif selalu menhambati perjalanan suci hubungan ku..
untuk mu yang tersayang.,ku tahu kekadang aku selalu melepaskan perasaan yang membuka pintu kecemburuan mu.,yang merelakan perasaan mu untuk menyiksa batin ku...tp demi perhubungan suci yang terbina ini.,ku ingin kau mengerti yang diri ini jujur dan ikhlas menyayangi dan menyintai mu...
dulu......
tempat kecil dalam leretan taman ini pernah kekosongan walaupun sudah dijaga serapi nya.,
kemudian di datangi penghuni yang teramat istimewa untuk mendiami nya...untuk menghiasi nya.,untuk menyerikann nya.....jangan lah kamu sekali lagi biar kan ia usang yang hanya akan ditenggelami arus edaran mase yang mungkin tiada penghujung yang bahagia..terus lah kamu menjadi penghias.,penghibur juga penglara yang akan terus menyinari dan menyuburi taman cinta ku yang sekian lama ku semai.,yang telah lama mengingin kan penjaga yang setia lagi jujur manjaga nya..
keindahan bulan mungkin tiada tandingan bagi nya.,
kepukauan bintang mungkin tiada penghujung selain nya.,
kedalaman lautan tiada tanding kedalaman nya.,
kesejukan air terjun tiada sesejuk kesejukan nya.,
kemanisan madu tiada semanis nya.,
ITU LAH CINTA YANG MENGHIASI JIWA MANUSIA
yang menghiasi deretan jiwa yang menjaga dan merawat nya..,
yang memenuhi jiwa insan seperti ku...
~~kerna bagi ku.,engkau lah cinta yang abadi tiada bersepi~~
Sunday, June 6, 2010
AIR MATA SEORANG LELAKI
sikap kau itu menbuatkan aku rasa ingin lebih mengenali kau dan berharap kau lah teman hidup yang dicari selama ini.
layanan yang kau berikan kepada ku membuatkan aku sering ketawa dan tersenyum....
Aku memberanikan diri meminta secebis ruang di dalam hati kau wlaupun aku tahu masih terlalu awal buat kau..dan,jawapan kau itu membuatkan aku KECEWA..tetapi aku tidak berputus asa...
keyakinan sekali lagi datang dalam diri dan kali ini,aku mencubanya lagi dengan penuh harapan dihati..
sekali lagi hancur luruh harapan dihati mendengar kata2 kau itu..
hati kecil ini menangis lagi..lenangan kecil airmata membasahi pipi..
ramai orang cakap jgn cepat berputus asa dan teruskan berusaha....
Tetapi aku juga punya hati dan perasaan...betapa pedihnya hati ini hanya aku sahaja merasainya....
aku tidak lagi sggup mencuba kerana tidak sanggup menahan pedihnya asmara..........
Dan aku juga tidak menyalahkan kau...kerana aku tahu pengalaman silam kau dalam percintaan amat memedihkan shingga kau ssh nak mmpercayai seorang insan bernama LELAKI..
Mungkin jgk kita terlalu muda untuk bercinta dan mungkin jgk kau ingin mengejar cita2 dari cinta..
Aku memohon maaf adainya ada terkasar bhasa..tersilap ...kata2 dan membuat hati kau terluka...
Aku gembira mengenali kau walaupun ia hanyalah seketika...
Disini minitis nya air mata seorang LELAKI....
Monday, May 31, 2010
BUAT MU SAYANG
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wa nita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Saturday, May 8, 2010
KEPADA MU IBU
Dia sanggup berlinangan peluh untuk kekenyanngan ku.,
Dia sanggup bercekang mate hanye untuk menemani ku.,
Aku buntu dalam mencari apa yang tersirat dalam jasad ku.,yg membuat dia tersangat mencintai ku.
Aku akan terus mencari jawapannya walau sudah di takdirkan aku tiada mempunyai masa yang cukup untuk semua itu.
Aku akan terus membongkar sehingga aku memahami apakah penyebab dia begitu menyintai ku.
Dia menjaga makan minum ku.,tidor bangun ku.,mandi pakai ku...Sabar melayan karenah ku.
Walaupun kadang-kadang aku membantahnya seperti orang hilang akal..
Namun x pernah sedikit pun dia mengingat kan aku akan kebiadaban aku kepada nya.
Dimanakah dia dapat semua kekuatan itu.???
Demikian kuat semangat dan kesabarannya telah mengikat aku dalam delema.
Nabi pernah bersabda "Sesungguh Syurga itu terletak dibawah telapa kaki ibu mu" Hadiht riwayat muslim..
Kini setelah aku mengenal apa itu hidup baru ku sedar betapa pentingnya kesabaran dalam mengharunginya. Dia telah mengajar ku dalam setipa jenis keadaan dan masa. Dia mengajar ku untuk mengenal hidup dan dalam masa yang sama dia mengajarku untuk menjadi insan yang penyabar dalam menempuhi dugaan hidup yang mempunyai pelbagai aneka ragam. Seperti mana yang telah diajarkannya kepada ku semasa kecil ku.
Aku sangat menyayangi mu ibu ku.,Noorasiah@Noriahan bt Ibrahim..
Kawan-kawan ku.,sayangilah ibu bapa mu selagi kita diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidup diakhir zaman bersamanya. Janganlah disakiti batinnya atau perasaannya kerana itu bakal mengundang kemaraahan Ilahi.,Tuhan yang Maha Mencipta sekalian makhluk..
Kepada mu sahabat yang diuji dengan kesakitan orang tua mu.,janganlah kamu mengabaikan kebajikan mereka..
Sebab kamu telah diberi peluang untuk merasai sakitnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan kita dan membentuk kita untuk menjadi seorang manusia yang disayangi dan disenangi oleh makhluk yang bergelar manusia lain.
Buat mu yang tela menjadi ibu.,sabar lah dalam kamu mendidik anak-anak mu kerana dia akan menjaga hidup mu dihari tau...
haha..
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU kepada semua yang bergelar ibu..
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)