Saturday, May 8, 2010

KEPADA MU IBU

Dia sanggup bertarung untuk kebahagiaan ku.,
Dia sanggup berlinangan peluh untuk kekenyanngan ku.,
Dia sanggup bercekang mate hanye untuk menemani ku.,

Aku buntu dalam mencari apa yang tersirat dalam jasad ku.,yg membuat dia tersangat mencintai ku.
Aku akan terus mencari jawapannya walau sudah di takdirkan aku tiada mempunyai masa yang cukup untuk semua itu.
Aku akan terus membongkar sehingga aku memahami apakah penyebab dia begitu menyintai ku.

Dia menjaga makan minum ku.,tidor bangun ku.,mandi pakai ku...Sabar melayan karenah ku.
Walaupun kadang-kadang aku membantahnya seperti orang hilang akal..
Namun x pernah sedikit pun dia mengingat kan aku akan kebiadaban aku kepada nya.
Dimanakah dia dapat semua kekuatan itu.???
Demikian kuat semangat dan kesabarannya telah mengikat aku dalam delema.

Nabi pernah bersabda "Sesungguh Syurga itu terletak dibawah telapa kaki ibu mu" Hadiht riwayat muslim..


Kini setelah aku mengenal apa itu hidup baru ku sedar betapa pentingnya kesabaran dalam mengharunginya. Dia telah mengajar ku dalam setipa jenis keadaan dan masa. Dia mengajar ku untuk mengenal hidup dan dalam masa yang sama dia mengajarku untuk menjadi insan yang penyabar dalam menempuhi dugaan hidup yang mempunyai pelbagai aneka ragam. Seperti mana yang telah diajarkannya kepada ku semasa kecil ku.

Aku sangat menyayangi mu ibu ku.,Noorasiah@Noriahan bt Ibrahim..

Kawan-kawan ku.,sayangilah ibu bapa mu selagi kita diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidup diakhir zaman bersamanya. Janganlah disakiti batinnya atau perasaannya kerana itu bakal mengundang kemaraahan Ilahi.,Tuhan yang Maha Mencipta sekalian makhluk..

Kepada mu sahabat yang diuji dengan kesakitan orang tua mu.,janganlah kamu mengabaikan kebajikan mereka..
Sebab kamu telah diberi peluang untuk merasai sakitnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan kita dan membentuk kita untuk menjadi seorang manusia yang disayangi dan disenangi oleh makhluk yang bergelar manusia lain.


Buat mu yang tela menjadi ibu.,sabar lah dalam kamu mendidik anak-anak mu kerana dia akan menjaga hidup mu dihari tau...

haha..

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU kepada semua yang bergelar ibu..
:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails