Monday, August 2, 2010

wa..dah nak puasa dah..hehe jom-jom

Hari- kehari semakin pantas masa melewati dunia yang kian menampakkan keuzurannya. Namun kita sebagai selalu dibuai kelekaan tidak peka dangan keuzuran bumi ini dek perbuatan saudara-saudara kita yang teramat mendahulukan kekayaan diri sendiri sehingga terabai keselamatan dan kesihatan manusia sejagat. Walaupun penciptaan manusia yang secara "concrete" nya unik berbanding penciptaan makhluk lain di bumi ini.,namun yang ppencipta juga telah melemparkan suatu anugerah untuk manusia mengawalnya sendiri. Apakah itu.??? Itu lah nafsu yang mendidik manusia sama ada kearah kebenaran mahupun kearah kebatilan.

Dikejutkan dengan pelbagai bencana alam bukan untuk menyeksa manusia.. Tapi mengejut manusia yang terlalu asyik berselimutkan godaan yang hanya menghanyutkan manusia kelembah kemusnahan. Tiada sama hanyat umat Muhammad dengan umat-umat yang sebelumnya. Hanya sekitar 62 tahun. Mengapa.?? Kerana jika dibiarkan kehidupan ini terus kelamaan maka nescaya bumi akan kekeringan air mata menahan kesakitan melihat dan menjadi tempat berlakunya maksiat kepada Yang Maha Pencipta. Dunia kini diambang kenazakan yang telah menunjukkan keuzurannya sedikit demi sedikit.

Puasa dapat menghalag perkara yang buruk berlaku. Puasa merupakan dinding antara manusia dan neraka. Puasa memastikan manusia terus berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera baik dalaman mahupun luaran. Tapi semua orang berpuasakah.???
Hanya mereka yang yakin dengan ajaran agamanya sahaja akan terus meneruskan ajaran agama mereka. Bukan hanya agama Islam yang menuntut umatnya untuk berpuasa (sekurang-kurangnya sebulan di bulan Rmadhan) tapi agama seperti Hindu dan Budha juga menyuruh penganunya beribadah sedemikian.

Kini kedatangan Ramadhan sudah kurang dirasai dek peredaran masa yang pantas. Sedar ataun tidak, hanya dalam masa seminggu sahaja Ramadhan akan membuka tirainya hanya untuk membuktikan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengampun. Nabi Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Ramadhan itu adalah satu bulan yang dikhaskan untuk sekalian umat Nya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam bulan kemuliaan ini Allah telah menjanjikan satu malam yang jauh lebih baik dari seribu bulan untuk beribadah. Apakah malam itu.?? Malam yang sangat menjanjikan kebahagiaan untuk sekalian mereka yang beribadat dengan hati yang ikhlas yang hanya menginginkan pengampunan dan rahmat Allah. Itulah malam "Lailatulqadar" yang dikejar sekalian umat tahun berganti tahun. Malam ini adalah malam yang dicirikan sebagai suatu malam yang aman damai dari segala masalah dunia baik dari maksiat yang kecik mahun maksiat yang besar berlaku. Membuktikan makhluk ciptaan Nya masing-masing memohon keampunan kepada Pencipta
nya kecuali mereka-mereka yang belum mendapat rahmat hidayah daripada Nya.

Tiada anugerah yang lebih hebat didunia melainkan satu malam ini yang berada dipenghujung bulan yang penuh dengan rahmat ini. Jom sama-sama kita mengejar dan mendapatkan Rahmat Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ini. Kami merindu mu Ramdhan..

2 comments:

Related Posts with Thumbnails